Tajuk Kajian : Psikologi Remaja Dalam Novel-novel Terpilih Jais Sahok
Soalan-soalan
- Apakah yang mendorong saudara mengarang sehingga ke hari ini? Apakah genre karya saudara?
Saya terdorong oleh keinginan untuk merakam semua maklumat dan ilmu dalam lingkaran tamadun bangsa saya. Kalau tidak / bukan saya yang melakukannya, mungkin orang lain tetapi tentula perspektif perakaman dan penulisannya akan berlainan, maka sayala yang harus terus menulis. Keluarga saya juga memaparkan kemungkinan dankeizinan yang menyebabkan saya selesa menulis.
Genre karya yang saya ceburi:
Puisi
Cerpen
Cerpen kanak-kanak
Cerpen remaja
Novel remaja
Novel kanak-kanak
Novel umum / dewasa
Skrip drama pentas
Rencana umum, rencana pendidikan, rencana sastera, rencana bahasa
Esei kritiksn sastera
Esei baHasa
- Kalau saya berpendapat keempat-empat teks ini lebih menjurus tentang psikologi remaja. Apakah pandangan saudara?
Saya setuju. Memang tujuan penulisan novel itu untuk tujuan itu. Ditujukan kepada ibu bapa sebenarnya agar mereka membacanya dan mereka memahami dunia remaja yang demikian. Kalau remaja tak baca, saya tak kesal kerana sasaran saya ialah orang dewasa.
Mungkin saya sedikit dipengaruhi kerjaya saya – guru sekolah – dengan segala keperluan ilmu psikologi untuk bergolak dengan pelbagai jenis remaja bersama-sama masalah mereka yang banyak dan pelbagai juga.
- Bagaimanakah saudara mendapat idea untuk menghasilkan karya-karya ?
Pemeratian, renungan dan kemudian fikirankan berdasarkan acuan pemikiran dan paradigma yang dilingkarri ilmu saya yang tidak seberapa. Dalam karya saya ada tiga dimensi dan elemen yang teradun – ilmu bahasa (semua aspek bahasa, kata, makna, kata terbitan, sintaksis, gaya, laras, keindahan dll) + ilmu sastera (semua elemen penciptaan sesebuah novel) + ilmu sejagat (psikologi, sosiologi, agama, pendidikan dan lain-pain)
- Adakah cetusan ini hasil daripada pengalaman dan pemerhatian saudara semata-mata?
Pengalaman , ya, merangkumi penglihatan, pendengaran, perasaan dan kemudian pemikiran
- Adakah karya ini merupakan ‘protes’ golongan remaja dengan alam sekitar mereka seperti masyarakat dan rakan-rakan seperti PBDHRK, Hisham, Senja Merah Hujung Cuti dan Rahsia Saidin?
Inilah fenomena. Remaja keliatan memprotes tetapi perkara itu semula jadi. Tindakan manusia didorong oleh upaya kognitifnya. Tentu sekali. Ketika itu, dia berfikir dia patut bertindak demikian, maka dia bertindak demikian.
- Kebanyak karya saudara berkisarkan masyarakat di bumi Sarawak dan alam persekolah. Adakah ini kerana persekitaran berkaitrapat dengan kehidupan saudara sebagai pendidik?
Ya benar. Memang kehidupan dan persekitaran kehidupan pengaranglah yang terakam dalam system kognitifnya dan perkara itulah juga yang menjadi data, maklumat dan ilmu kepada saya yang kemudian tumpah sebagaiu poeriusian karya saya.
- Apakah persoalan yang hendak disampaikan oleh saudara dalam karya2 yang dikaji saya ini?
Pendidikan ialah fenomena tamadun. Cabarannya besar. Andai Berjaya seseorang itu dalam pendidikannya, maka akan beranjaklah kehidupannya dari segala sudut. Saya percaya ilmu (yang diperoleh melalui pendidikan) sememangnya mengubah seseorang pada perubahan klognitif, perubahan afektiof, perubahan psikomotor, perubahan sosio-ekonomi dan perubahan kerohanian.
- Mengapakan saudara menghasilkan PBDHRK? Apakah yang mendorong saudara menghasilkan teks tersebut.
Hahahaha. Saua ditipu oleh seoranmg jiran, orang tua. Dia mohon kebenaran untuk mencantas popkok di hadapan rumah saya dengan alas an kecerahan lampu elektrik dari depan trumah saya tidak sampai ke rumahnya, maka di depan rumahnya gelap. Maka pencuri boleh masuk dan pernah masuk. Atas permohonan itu, walaupun pokok itu saya bela dan sangat disayangi oleh ayak saya, saia benarkan dia memotong sekitar kira2 10 kaki dari aras muka bumi. Keesokannya, pokok itu ranap sama sekali. Tinggal tunggul setinggi 3 kaki. Apabila melihat pokok kesayangannya, anak sulung saya hysteria dan mahu membinasakan ‘penyangak’ yang menjahanamkan pokok tempat burung bertengek yang selalu dinikmatinya dan tempat dia mengikat tali net/jarring badminton untuk bermain badminton dengan saya pada waktu petang.
Peristiwa itu mencetuskan ilham kepada saya mengarang sebuah cerpen yang asalnya saya juduli Bujang Batu dan Pokok di Hadapan Rumahku. Cerpen itu menang hadiah pertama di peringkat kebangsaan – cerpen kanak-kanak – dalam pertandingan anjuran MOSTI.
Oleh sebab nilainya tinggi, saya kembangkan menjadi novel.
Sekarangf pokok penggantinya itu memang ada dan memang banyak burung. Sekitar 75% kisah dalam novel itu benar. Namun nama watak terdahulu, nama sebenar, Bujang Batu, saya ubah kerana tidak mahu mengaibkan nama orang tua.
Saya menghasilkan novel itu kerana saya mahu mengajar orang betapa mengajar anak melalui pendekatan psikologi dan terapkan ilmu pengetahuan, dalam novel itu kebanyakannya ilmu sains, alam sekitar dan ilmu kemanusiaan – sangat berkesan.
- Hisham merupakan golongan remaja yang terbentuk daripada kekejaman yang di alami di rumah. Manakala PBDHRK tentang golongan remaja yang sayangkan alam sekitar dan kecewa setelah pokok itu di tebang. Rahsia Saidin pula tentang perasaan Saidin yang berdendam dengan cikgu, teman wanitanya, keluarga terutama sekali ibu dan kakaknya. Dalam Senja Merah Hujung Cutu pula, menceritakan kisah pelajar yang mahu mengejar cita-cita walaupun mereka mempunyai perasaan ingin disayangi oleh rakan sebaya. Hal ini tidak menghalang impian mereka mencapai kejayaan. Semua karya itu berkisarkan pemberontakan jiwa remaja. Bagaimanakah saudara menyelami pergolakan jiwa mereka?
Oh, ya,. Benar. Ulasan saudara itu semuanya benar. Terima kasih dan tahniah kerana Berjaya meneroka isi kandungan system kognitif saya melalui karya itu. Bagaimana saya salami….hahahaha, saya guru. Setiap hari saya menyelesaikan masalah pelajar yang sedemikian. Setiap kali saya berdepan dengan fenomena social demikian, saya pandang dengan hati, saya dengar dengan hati dan saya fikirkan dengan hati. Hati saya tidak akan tenteram selagi tidak saya rakam dalam bentuk karya untuk sama-sama dokingsi dengan masyarakat pembaca (yang sudi membaca karya saya). Itu perjuangan saya, mengajar masyarakat saya tenhjtang ilmju psikologi remaja melalui sastera kreatif.
Pada kenyataannya, memang saya banyak dijemput berceramah, member kursus dan sebagainya tentang perkjara yang berkaitan tetapi kepuasan melakukannya melalui karya sastera amat aneh, mungkin kerana kartya itu akan kekal sebagai warisan tamadun bangsa saya.
- Akhir sekali apakah harapan saudara terhadap dunia peulisan dan terhadap teks2 yang telah dihasilkan oleh saudara terutama sekali teks yang saya kaji?
Oh harapan saya, moga-moga aka nada lebih banyak orang seperti anda, sudi meneroka ke dalam karya untuk memperoleh inti patyi pemikirannya untuk seterusnya dimanfaatkan dalam pendidikan. Tahniah kerana saudara menjadi guru. Sama-samal;ah kita bentuk rakyat Malaysia yang tamadunnya harus dihormati oleh manusia sejagat.
Sedikit-sedikit, saya rasa bangga tetapi saya berasa sangat syukur kepada Allah SWT kerana klimaks perjuangan sastera saya ialah menyediakan ilmu untuk dikaji orang. Saya kira rakaman ilmu yang saya lakukan dalam teks-teks karya saya sudah menampakkan buahnya. Terima kasih.
Harapan saya…. Proses penciptaan ini tidak akan saya hentikan. Idola saya…. Shahnoh Ahmad. Dari atas katil bergelumang dengan keuzuran jasad pun mindanya masih melontarkan ilmu kesasteraan yang sangat hebat. Dia benar-benar manusia yang hebat dengan penulisannya. Kecekapan keilmuannya dahsyat. Saya kagum. Istiqamah dan kesinbambungannya, tampak belum ada bandingan, malah samaannya pun belum ada.
Teks Kajian saya:
Pokok Besar Dihadapan Rumakku
Hisham
Senja Merah Hujung Cuti
Rahsia Saidin
No comments:
Post a Comment